Pengalaman Menjalani Ujian Sigmoidoscopy

Assalamualaikum wbt.

Harini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjalani prosedur Sigmoidoscopy.

Haaa.. Apakah sigmoidoscopy ini? Apa kaitan dengan breast cancer?

Untuk makluman, saya telah menjalani ujian sigmoidoscopy ini pada 10 April 2015. Tahun lepas punya cerita tahun ni baru nak share ye. HuHu..

Sigmoidoscopy yang merupakan ujian diagnostik yang dijalankan oleh doktor untuk mengesan masalah di dalam kolon yang lebih rendah (berhampiran rektum). Alat yang dipanggil sigmoidoscope tiub dengan kamera kecil, digunakan untuk melihat bahagian kolon tersebut. Ujian ini boleh digunakan untuk mengesan tanda-tanda kanser usus besar.

Ok, sebelum diarahkan membuat ujian tersebut, saya pernah mengalami bleeding semasa membuang air besar. Keluar fresh blood. Merah. Dalam kadar yang agak banyak. Macam rasa nak pitam masa tu. Memang sangat takut. Tapi, bleeding ini berlaku sekali sahaja. Jadi saya pun mengadulah kepada doktor di Klinik Onkologi. Doktor agak saya menghidap hemorrhoid. Apa tu? Buasirla. HuHu..

Doktor pun check. Tapi tak jumpa apa-apa. Clean and clear. Cuma kene marah dengan doktor. Sepatutnya masa bleeding tu terus datang ke Kecemasan hospital. Tapi saya pergi Klinik Onkologi minta diawalkan janjitemu. Saya jumpa doktor dalam seminggu selepas kejadian tu.  Jadi bila tak jumpa apa-apa tu, doktor pun kalut call Klinik Surgery Colorectal. Sambil-sambil dia call tu dia membebel la kat saya. Sebab doktor kat Surgery Colorectal tu tak jawab call tengah busy. Dapat je, terus dia tulis memo dan arahkan saya ke klinik tersebut.

Jadi di Klinik Surgeri Colorectal, doktor mencadangkan saya untuk membuat ujian sigmoidoscopy. Waktu ini, first time saya dengar ujian ini. Disebabkan aduan saya tu bleeding dengan fresh blood, so jangkaan something yang berlaku adalah di sekitar rektum. Bukan terus buat ye. Kena dapatkan tarikh appointment dulu.

Ujian saya dijadualkan sebelah petang. Jadi pagi tu kene berpuasa. Hanya boleh sarapan roti dan teh ‘o’ sahaja (light breakfast). Yela, nak cek usus besarkan. Kot ada makanan dalam tu, makin susahla doktor nak kenalpasti. Dah kena puasa belum tentu makanan semua hadam. Makanan malam tadi lagi kot tak hadam. Justeru itu, nurse bagi ubat untuk lawas. Kena masukkan cecair melalui saluran najis kita. Kena masukkan semasa di tandas. Kalau tak.. Haa.. Lepas je masukkan ubat tu terus ‘cherry berry’ (diarrhea). Memang kena keluarkan semua yang ada dalam usus besar. Nak pitam rasanya masa tu. Tapi kena kuatkan semangat sebab rasa macam tu tak lama pun (10 minit je kot). HuHU.

Selepas itu, prosedur pun bermula. Buat dalam dalm keadaan sedar ye. Nak masukkan camera ni. Sepanjang 30cm. Whoaaa!!! Tukar baju yang disediakan dulu. Kemudian kena baring mengiring ke kiri, rapatkan lutut ke dada dan… Bermulalah episod 30cm ke dalam kolon,rektum,area usus besar. Rasa apa? Awal-awal ok. Tapi makin ke dalam rasa senak. Perut mula tak selesa. Kembung macam masuk angin.  Waktu tu saya bagitau kat doktor, saya tak boleh teruskan dengan yang lebih panjang lagi. So, doktor stop.

Hasil daripada camera tu memang doktor bagitau selepas tu. Alhamdulillah tiada apa yang mencurigakan. Doktor kata mungkin masa bleeding tu usus tu luka. Disebabkan mereka worried about having colon cancer.  Yela, pernah ada cancer, jadi apa-apa aduan kesihatan doktor mesti akan ambil tindakan lanjut. TAPI… disebabkan concern mereka itu, saya dicadangkan untuk buat ujian colonoscopy. Risau ada apa-apa di bahagian usus kecil pula.

sigmoidoscopy

Nanti saya ceritakan pengalaman menjalani ujian colonoscopy pula ye.

Cuma masa balik dari ujian ni, saya terfikir mungkin usus terluka sebab saya makan pedas sebelum kejadian bleeding tu. Mungkinla..

Terima kasih sudi baca. Semoga bermanfaat kepada yang bakal menjalani ujian ini.

6 thoughts on “Pengalaman Menjalani Ujian Sigmoidoscopy

  1. SEmoga akka tabah menjalani kehidupan.Saya follow akk dan sentiasa berdoa untuk akk…

  2. akk ada cuba minum kangen water x?bagus untuk kesihatan..

  3. Sangat kuat dan tabah. Semoga terus diberi kekuatan.. Kita yang baca pun terasa-rasa sakitnya tu. Allahu.

  4. Subahanallah, akak kagum dgn semangat adik. Moga kita semua di beri kekuatan dan semangat.

Tinggalkan komen