4 Disember 2012

Assalamualaikum WBT

Lama sungguh tidak menaip. Alhamdulillah, tarikh 4 Disember 2015 pada hari ini mengingatkan saya kepada tarikh saya didiagnos Kanser Payudara oleh Dr.Sudha dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Saya berseorangan ketika itu. Semasa berdepan dengan doktor, saya tiada reaksi. Tapi jelas di wajahnya rasa kesal untuk memberitahu saya berita itu. Beliau meminta saya untuk tenang dan terus berkata ianya boleh dirawat. Jangan takut. Jangan pergi jumpa bomoh. Mesti ikut rawatan hospital untuk sembuh.

Beliau memberikan saya 4 hari cuti sakit. Beliau menyuruh saya datang keesokkan harinya bersama mak untuk berbincang tarikh pembedahan. Saya cuma mampu memandang senarai panjang menunggu pembedahan di dinding bilik beliau. Ramai.

Saya pulang. Tetapi terus ke ofis. Dalam kereta baru menangis sepuasnya. Sampai di ofis, saya bagitau dua orang rakan sekerja yang rapat. Mereka pun turut menangis dengar berita tersebut.

Pulang dari kerja, saya bagitau mak. Mak diam. Tetapi tengah malam sewaktu saya tidur, saya dengar mak menangis. Sedih.

Tetapi itu 3 tahun yang dulu. Sehingga kini saya, keluarga dan rakan-rakan masih mampu ketawa bersama. Begitulah kehidupan. Tidak semestinya perlu sentiasa bergembira. Sesekali perlu bersedih. Muhasabah diri. Mencabar diri dan kehidupan.

Advertisements

7 thoughts on “4 Disember 2012

  1. Assalamualaikum… selamat berkenalan. semoga raja sentiasa di bawah lindungan Nya. Jemput baca perkongsian saya tentang kanser di http://healthyinside.co/share-a-thought/5-amalan-kesihatan-untuk-kurangkan-risiko-kanser/

  2. Sis Umur berapa? Sbb saya nk tahu pengalaman drpd sis. .saya ad ketumbuhan di payudara. Tp masih belum tahu itu sakit apa. Saya baru 22 tahun.

  3. Be strong awk..insya allah u can do it..may Allah bless u my dear..

  4. Tersingkap kekuatan dan ketabahan saudari melalui perkongsian ini =)
    Semoga Allah limpahkan setinggi rahmah dan kasih sayangNya buat saudari. Salam kenal ^^,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s