Ubi Bit Beat Cancer

Memandangkan post by phone, so ringkas je la ye. Saya telah membuat beberapa jus antikanser. Dan saya nak berkongsi jus daripada ubi bit. Meghah makngah!

Bahan-bahan:-
1. Sebiji Ubi Bit
2. Sebiji Epal Hijau
3. Sebatang Carrot
4. Air 300ml
5. Jus Oren 15ml

Blender kesemua bahan di atas. Siap!

Jangan letak gula ye (lagipun dah naik harga. Elok juge). Nanti saya akan share makanan penggalak kanser, antaranya GULA PASIR refined sugar.

Breast Cancer Assessment

Sejak berjinak-jinak dengan WebMD, saya terjumpa sesuatu yang berguna untuk pesakit-pesakit Breast Cancer.

http://www.webmd.com/breast-cancer/breast-cancer-health-check/default.htm

Boleh klik di link di atas untuk cuba sendiri. Hanya ambil masa cuma 10 minit sahaja. Tetapi penilaian ini tidak dilengkapi dengan nasihat perubatan. Cuma selepas menjawab beberapa soalan, kita dapat mengetahui pilihan rawatan bagi setiap peringkat kanser. Selain itu, dapat mengetahui maklumat tentang apa yang kita jangka daripada rawatan yang telah atau akan diterima. Dan juga ada sedikit tips bagaimana untuk menghadapi diagnos penyakit.

Bolehlah cuba. Untuk kita-kita aje!

By the way, i’ve found that WebMD is very useful for everyone.

ūüôā

Pengalaman Radioterapi

Selamat Hari Jadi!!!

Wah, therapist menyambut saya dengan ucapan selamat hari jadi. Tersengih-sengih dibuatnya. Hilang sekejap nervous nak start first rawatan radioterapi (25 Sept 2013). Kemudian mereka surprise kan saya dengan maklumat dari doktor. Rawatan radioterapi yang asalnya hanya 15 kali perlu ditambah sebanyak 8 kali. So, total 23 kali. Whoaaaa… surprise sangat!!!! Maknanya 23 kali la saya perlu hadir ke hospital. Setiap hari kecuali weekend.

Radioterapi adalah satu cara untuk merawat kanser. Ia menggunakan radiasi seperti X-ray, sinaran gamma  atau elektron, untuk mengubati atau mengawal kanser. Radioterapi digunakan kerana radiasi menghentikan kanser daripada membesar dan sel kanser daripada membahagi.  Tempoh radiasi disasarkan hanyalah kurang dari 5 minit. Sekejap je. Tunggu turn yang lama.

Sebelum start rawatan radioterapi, saya perlu menjalani simulation terlebih dahulu (5 July 2013). Simulation penting untuk ukur/tentukan exact area untuk radiotherapy. Lepas dah tentukan area, therapist akan mark kat badan (diorang pakai permanent marker pen je). Kiranya, bila betul-betul buat rawatan diorang dah tau dah kat mana nak sasarkan target. Tapi diorang ada lah buat tattoo sikit untuk permanent marking. Dot kecik je. Diorang juga akan ambil kira right position semasa menerima rawatan nanti. Nak baring flat ke, mengiring sedikit ke, meniarap ke (hoho.. ada ke sampai meniarap?). Selepas selesai simulation (dalam 30 minit la), barulah dipanggil untuk sesi rawatan (lama kot, dari Julai membawak ke September).

Beginilah rupa mesin radioterapi

Beginilah rupa mesin radioterapi

Untuk 15 kali yang pertama, alhamdulillah saya tidak mendapat kesan yang agak terkesan (amendela ayat ni). Oleh kerana pertambahan sebanyak 8 kali lagi, dan ukuran pun berubah barulah saya mendapati kulit saya ada kesan seperti terbakar. Kehitam-hitaman sedikit. Untuk yang pertambahan 8 kali, sinar radiasi lebih fokus di kawasan asal tumor.  Doktor akan memberikan krim untuk meredakan kesan sampingan tersebut. Selain itu, kesan sampingan yang dapat dirasai adalah:-

1. Letih.  Menyebabkan saya cepat masuk tidur. (mungkin juga dipengaruhi faktor penat memandu pergi balik ke hospital).

2. Cepat haus. Rawatan ini menyebabkan kita mudah dehydrate.

3. Rasa stretching di kawasan bawah lengan (ketiak).

Sepanjang tempoh rawatan, tidak dibenarkan untuk meletak sebarang benda asing di kawasan yang menerima rawatan. Boleh terkena air, tetapi tak boleh dicuci (takboleh sabun.. euwww), tak boleh digosok, tak boleh dibedak, tak boleh dilosyen dan sebagainya. Adoiyai. Dan ketiak saya termasuk dalam kawasan rawatan. Oh, apakah??? So, apa yang saya buat (maklumlah saya ni pembersih.. haha), saya buat air sabun (body wash + air) dan jirus di kawasan rawatan. Ada rasa bersih sikitla. Hanya selepas 2 minggu tamat rawatan barulah kawasan tersebut boleh dicuci seperti biasa.

Oh ya, dos yang saya terima untuk 15 kali adalah sebanyak 40 Gray dan bagi yang 8 kali adalah 16 Gray. So, setiap hari dos yang diterima adalah sangat rendah. Kesan kepada organ dalaman seperti paru-paru juga menurut doktor adalah rendah. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

Sekian, pengalaman radioterapi saya.