pengalaMan MaMMograM

Assalamualaikum WBT. Hai!!!

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya menjalani ujian mammogram. Sepatutnya pada 08.08.2014 saya perlu jalani ujian mammogram. Tetapi rupanya telah ditukar kepada ujian ultrasound.  Kalau ikutkan surgeon yang cute memang suruh saya buat mammogram, malangnya beliau dah pindah hospital! Sob..Sob.. T_T. Maka ada perubahanlah pada arahan kepada radiologi.

Mammogram ni bagi saya sakit. Tapi sakit hanya pada ketika itu sahaja. Bukanlah sakit meleret-leret sampai membolehkan dapat MC. Sebab itu bila dah sampai tarikh temujanji, fizikal mental dah bersiap sedia. Saya dah rasa pengalaman ni sebelum pembedahan. Tapi bila dah tukar baju, masuk bilik diorang suruh saya baring. Terpinga-pinga gaklah. Saya tanya, buat ultrasound ke? Bukan mammo? Katanya ada perubahan pada borang. Seseorang telah batalkan ujian mmogram saya dan diganti dengan ultrasound. Prof siap tunjuk borang tu kat saya untuk meyakinkan saya. Hurmm.. Ok. Caya. (sebelum tu Prof minta maaf sebab buat saya tunggu lama. katanya awak punya ultrasound, so awak last. bagi yang buat mammo dulu. cet)

Lagila saya suka sebab ultrasound ni tak sakit pun. Pakai gel pastu scan tengok je kat pc. Prof akan tengok sambil berbincang dengan jururadiologinya. Sempat juga pesan kat saya jangan amek port sangat perbincangan diorg tu. Sebab tu hanya hipotesis awal saje. Tapi tetap risau wehhh.. Ok, selesai, Prof bagitau saya result. Alhamdulillah, tiada penampakan suspek dalam filem itu. Lega. Tapi, Prof menyarankan agar saya buat mammogram juga. Huk aloh! Sebab dah ada cancer history. Mihmihmih..

Ok. Saya setuju. Prof pun mintakla radiologist buatkan mammogram untuk saya. Memandangkan saya yang terakhir tepat pada jam 5.00 petang pulak tu, radiologist bagitau mesin dah off. Hurmmm ok. Balikla ni ye. Dengan janji, masa jumpa doktor di breast clinic minta doktor isikan 1 lagi borang untuk saya buat mammogram.

*****

13.08.2014 temujanji dengan breast clinic. Saya pun amek peluang tanya kat doktor, nape tukar saya punya ujian dari mamogram kepada ultrasound? Kan mammogram lebih accurate untuk detect cancer.. (terus tuduh  doktor tu. haha). Beliau pun explainla nape. Katanya gini;

“Umur di bawah 40 tahun tak sesuai untuk jalani ujian mammogram kerana dense tissue in breast lebih banyak compared to ladies in 40 and above. Dense tissue and breast cancer akan appear dengan white color. Sama. Susah nak beza. Manakala umur lebih 40 tahun, fat tissue in breast yang banyak. So, tak efektifla kalau guna mammogram untuk yang berumur di bawah 40 tahun.”

Ok. Paham. Tak semestinya mammogram adalah cara yang tepat untuk detect cancer. Tapi saya sampaikanlah pesan Prof kat radiologi tu yang dia cadangkan saya untuk buat ujian mammogram juga. Bertelagah jugakla dengan doktor tu. Tapi profesionalnya, beliau cuba dapatkan pandangan rakan-rakan lain. Nasib ada doktor seangkatan surgeon cute tu masih ada. Beliau sependapat dengan prof sebab my dense tissue dengan fat tissue sama banyak. (gemok kannnn.. ada fat tissue). So, doktor tu bertungkus lumuslah mendapatkan tarikh temujanji untuk saya buat ujian mammogram.  Alhamdulillah dapatlah tarikh sebelum temujanji dengan oncologist pula. Haa, doktor kat klinik onko pun memang nak tengok result mammogram. Sudahnya dapatlah tarikh beserta tarikh ujian pada tahun depan juga. (means, tiap-tiap tahunlah kene buat ujian mammogram ni).

*****

Akhirnya pada 20.08.2014 saya pun buatla ujian mammogram. Nak kena cerita detail ke eh? Takyahlaaa. Boleh google sendiri gambar. Memang menjerit gak. Walaupun tak sampai 5 minit, tapi… hurm…. Radiographer siap pesan, kalau gerak-gerakkan badan nanti gambar tak cantik, kene buat balik. So, nak tak nak, bertahanlah sikit sakit tu.

Result pada 21.08.2014 saya dapat di klinik onkologi. Doktor  explain, tiada apa-apa yang mencurigakan. Alhamdulillah. Walaupun dalam bulan Ogos 2014 ni, 4 kali saya perlu ke hospital, tapi saya agak puas hati. Dapat buat dua ujian.. Ultrasound dan Mammogram. Walaupun begitu, kedua-dua ujian ini hanya untuk mengesan cancer bukan untuk menghalang pertumbuhan cancer. Masih perlu buat breast self examnination. Masih perlu jaga makan, bersenam.

Nasihat saya, kepada siapa-siapa yang sakit, jangan malu untuk bertanya. Lagi-lagi pesakit cancer ni banyak department yang jaga. Pendapat mereka pun berbeza-beza. Dapatkan nasihat dari yang pakar dan cari ilmu. InsyaAllah, ini usaha untuk sembuh. Mudah-mudahan Allah redha dan perkenankan.

DSC_1571

Apa Yang Boleh Dimakan

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf, 7:31)

Sewaktu saya didiagnos breast cancer antara langkah yang diambil adalah dengan berjaga-jaga tentang makanan. Dengan harapan kanser itu boleh mengecil dan hilang. Orang kata jangan makan seafood. Orang kata makanlah durian belanda. Orang kata makanlah terung rembang a.k.a terung pipit. Orang kata jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Tindakan spontan kita apabila mendapat tahu diri sedang sakit, memang kita akan fokus tentang soal makan. Tak kiralah sakit apa sekalipun. Tapi tu namanya dah terhantuk baru terngadah. Sepatutnya sejak azali lagi  kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat.

Saya tidak pasti sejauh mana corak pemakanan mempengaruhi penyakit kanser ini. Sebelum saya didiagnos kanser, saya adalah seorang pemakan tegar. Saya suka mencuba kepelbagaian makanan di Malaysia. Al-maklumlah, asal nak promote Malaysia je mesti makanan yang jadi duta pelancongan. Makanan berlemak, pedas, manis dan yang sedap-sedapla antara yang menjadi pilihan. Sayur dan buah makan gak. Tapi kalau dah order chicken chop mana datang ada sayurnya apetah lagi kalau makan cheesecake. Pastu tak bersenam pulak tu. Boleh imagine la camna gemuknya kan… Mengikut bacaan saya, lemak yang terkumpul menggalakkan estrogen dan menjadi penyumbang ke arah kanser payudara. Disebabkan itu, mereka yang obesiti berpotensi mendapat kanser. Saya obes? Hurmm.. Hampir obes.

Selepas saya selamat menjalani pembedahan, saya mula mencari makanan anti-kanser. Saya bersyukur kerana dihadirkan dengan orang sekeliling yang cuba  bantu untuk saya pulih. Saya dihadiahkan dengan biji aprikot, double stemcell, air zamzam dan madu lebah. Saya makan. Saya suka biji aprikot sebab buatkan kulit saya agak cantik. Tapi kepahitannya meninggalkan kenangan pahit.

Dari sumber bacaan saya (yang boleh diterima logik akal), cancer survivor patut menghindari makanan (penggalak kanser) seperti berikut:-

1) Gula, Garam dan MSG – saya memilih gula perang.

2) Makanan yang berkanji seperti nasi putih, roti, mi (karbohidrat yang kemudian bertukar menjadi gula) – saya memilih untuk makan beras perang.

3) Daging dari haiwan yang diternak. – saya memilih untuk makan ikan atau seafood. Cuma tak berapa suka seafood, lebih suka ikan.

4) Susu dan produk tenusu. Cheese cake meleleh memang tak dapat nak layanla.

(sumber: buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat. Boleh dapatkan di pasaran)

 

Tipulah kalau saya kata saya tak makan semua di atas ni. Saya boleh elak makanan ini ketika di rumah. Ketika bekerja atau travel di luar, agak susah disamping ianya memerlukan disiplin diri yang tinggi. Kalau teringin sangat sangat sangat, saya akan makan juga dalam kuantiti yang kecil.

 

Sebagai cancer survivor, kita digalakkan untuk lebihkan sayuran dan buah-buahan dan kalau dapat, dimakan mentah lagi bagus. Kadang-kadang muak, so dipelbagaikanlah sebagai jus. Pun sedap. Bila tak dapat sayur, saya minum air klorofil. Beli kat cosway. Kita amat digalakkan untuk makan makan yang mempunyai kadar anti-oksida yang tinggi.

 

antioxidants food

 

Kadang-kadang saya pun alpa. Makan je ikut sedap tekak. Nafsu sebenarnya tu. Bukan tekak. Tapi bila teringat yang diri ini adalah cancer survivor, cepatlah tinggalkan makanan yang kelazatannya sementara. Kalau betul-betul pantang, memang boleh slim riverla badan ni. Hehe.

 

*ini adalah penceritaan pengalaman saya dan rujukan bacaan saya sahaja.  lain orang, lainlah kepantangannya. semoga usaha untuk menghindari cancer ini berjaya dengan izin Allah. peace.

 

fnv