Hari Kanser Sedunia 2017

Assalamualaikum wbt

Saya baru tahu hari ini 04 Februari 2017 adalah hari kanser sedunia selepas membaca posting dari pemandiri kanser yang saya kagumi Dr Hasanah Che Ismail di facebook beliau.

Saya pemandiri kanser payudara dan ibu saya pemandiri kanser darah (leukemia CML throughout ALL) memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang meneruskan kehidupan di samping keluarga tersayang. Semalam ibu saya bersara wajib pada usia beliau 60 tahun. Sepanjang menjalani rawatan, dua kali beliau memohon untuk bersara pilihan atas faktor kesihatan. Ding dong ding dong, bersara wajib juga akhirnya. Alhamdulillah.

Kepada pemandiri kanser di luar sana, selamat berjuang diucapkan. Berjuanglah di jalan yang benar. Benar kita ada pilihan tetapi buatlah pilihan yang bijak. Fikirkan orang yang tersayang, yang penuh harapan mengharapkan keajaiban akan kesembuhan kita semua.

Kepada yang lain, peliharalah nikmat kesihatan yang diberikan. Jaga kesihatan sebaik mungkin.

Selamat Hari Kanser Sedunia.

Wassalam.