Puasa – Raya – Merdeka – Kerja

Assalamualaikum, berhabuk dah blog ni.  Lama sudah ditinggalkan menyepi. Kesian dia.  Target nak update pengalaman radioterapi. Tapi belum kesampaian sebab rawatan radioterapi ditangguhkan. InsyaAllah rawatan akan bermula 25 September 2013. Eh, my birthday la! Huhu. Sambut birthday dalam mesin la gamaknya. Harap-harap ada colourful ballon nanti. Eceh.

Alhamdulillah bulan Ramadhan yang lalu saya telah pun selamat berpuasa dan sehingga kini masih ada beberapa hari belum berganti. Hehe.. Berat badan makin berkurangan walaupun hanya 2kg. Syawal pun disambut meriah. Berat badan pun sama naik meriah. Hehe lagi.. Apakan daya.  Corak pemakanan sedang diubah dan masih dalam mendisiplinkan diri untuk menahan makan itu dan ini. Ha… Nak tau cancer survivor tak boleh makan apa? Nanti saya update di lain hari. Doktor takkan cite punya. Asal makan makanan seimbang je, ok letew!

Merdeka pun berlalu dengan sambutan kemeriahannya seperti awal kemerdekaan (cakap macam pernah sambut awal-awal merdeka dulu). Masih dengan kemeriahan bunga api dan konsert. Tradisi. Sedar tak sedar lepas merdeka maka berakhirla cuti saya. Lemah jari jemari nak menulis guna pen. Tulisan hancusss.

Maka, saya pun memulakan kerja pada 2 September 2013. Sampai ofis… Oh, tidak! Bertimbunnya fail. Memang tak kasi chance punyalah. Kalau first day masuk sekolah boleh relax je tak bawak buku sebab cikgu sibuk sana-sini. Tapi first day start kerja kita yang sibuk sana-sini. Sempat berseloroh dengan officemate, kita kan sakit. Whoaa.. Kalau sakit tak kerja der! Alhamdulillah ramai yang bertanya khabar. Tak kurang juga yang menegur perubahan fizikal yang bam-bam. 🙂

Apapun, kerja yang banyak diharapkan tidak mengganggu tahap kesihatan. Kerja ni sampai bila-bila pun tak habis kan.  Dan kesihatan yang baik perlu dipelihara supaya tidak mengganggu kerja.

quotes_20081108_hardwork_2

Yang rajin itu semut. Tapi saya manusia. :-p

Advertisements