Ada Benarnya…

Disclaimer: Hanya perkongsian daripada Facebook. Tidak pasti siapa penulis sebenar. Sekadar tertarik dengan penulisannya yang ada benarnya.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Hanya diperlukan bila nak MC.
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu pil.
Semua penyakit boleh sembuh.
Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
Seperti bayi baru dilahirkan.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia pun dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.
Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.

Aku tak faham.
Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.

Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada penyakit didunia ini.

Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
ubat2 moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.

Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.
Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung.
Selamat tinggal.

Advertisements

Gugurnya Seorang Pejuang

Hari ini 26 Januari 2014 jam 1.30am saya dan keluarga telah kehilangan seorang sepupu yang berjuang menentang breast cancer stage 4.

Lebih muda dari saya. Lebih kecil dari saya. Lebih kuat dari saya kerana dia cuba berjuang dalam keadaan kansernya aktif. Dan lebih berani dari saya kerana dia memilih rawatan bukan hospital untuk kesembuhannya. Dia gigih berusaha mencari rawatan terbaik untuknya sejak diagnos kanser di tahap 3. Dia percaya kepada perubatan alternatif yang dipilihnya. Dia sanggup melabur puluhan ribuan ringgit untuk memastikan kesembuhannya. Dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada perawatnya yang mengatakan kemo adalah dadah. Bahaya. Melemahkan badan. Jangan kemo! Hey, semua ubat adalah dadah! Dadah adalah dari tumbuhan ciptaan Allah. Dia juga percaya kata-kata perawat itu yang tumor keluar dari tubuh badannya adalah proses kesembuhan. Padahal tumor itu telah metasis! Dia sanggup berlapar menahan segala pantang larang makanan dan minuman yang dicadangkan oleh perawatnya.

Marahnya saya dengan tempat rawatan tersebut. Kenapa tempat sebegini wujud? Kamu sanggup menawarkan apa yang kamu tidak pakar! Kamu menjanjikan rawatan yang tidak sakit. Apa yang kamu-kamu cuba lakukan. Menjanjikan bulan bintang kepada kami yang di ambang maut.

Sememangnya kesembuhan milik Allah. Tapi kalau caranya salah…

Bukan dia tidak berusaha, mungkin caranya tidak kena.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa sepupuku. Angkatlah darjatnya setimpal dengan kesanggupannya menanggung ujianMu ya Allah. Kurniakanlah ganjaran syurga buatnya. Al-fatihah buat Raja Hezreen bt Raja Tharuddin.

17 Januari

Alhamdulillah… Hari ni 17 Januari 2014. Ada apa yang best dgn tarikh ni selain daripada cuti am sempena Thaipusam. Harini juga penghulu segala hari. Jumaat. Merasa gakla nak bercuti di hari Jumaat seperti Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Actually, pada 17 Januari 2013 last year, jam 2.00pm saya menjalani pembedahan lumpectomy. Setahun dah tumor cancer removed from my body. Masih terngiang-ngiang rasa ngilu lepas operation. Mamai-mamai kesan bius, ngantuk-ngantuk, pening-pening adalah antara kesan daripada operation. Rasanya semua rasa ni sama kot dengan mana-mana operation yang melibatkan bius am.

Masih teringat lagi dua botol di kiri dan kanan untuk keluarkan cecair/darah selepas operation. 3 hari gakla botol ni tersangkut kat badan. Tapi ok je. Still can tolerate dengan botol-botol ni. (mcm rindu pulak dgn botol2 tu. Apa kes???).

Sepanjang duduk di wad selepas operation, saya perlu membuat sedikit senaman ringan. Seperti menggenggam bola. Pressure ball. Mengangkat tangan setinggi yang boleh. Sakit woooo… Tapi kalo tak buat, boleh mengakibatkan frozen shoulder. Bahu kita boleh locked. Lagi bahaya wooo.. Saya boleh angkat tangan separuh je. Pastu doktor kata kalo boleh angkat tinggi, boleh balik rumah. Bermotivasila sangat bila dengar camtu. Tapi still tak mampu nak angkat. Sampai doktor compared me dengan patient lain iaitu nyonya yang umur 60 tahun yang mampu angkat tangan dengan selamba je. Eleh.

Hari ke4 iaitu hari Sabtu doktor cam dah hilang sabar je. Dia terus tolong angkat tangan saya. Memang menjeritla. Tapi.. Eh..eh.. Boleh la pulak. Kuikuikui…

Hikmahnya, hari ke5 iaitu hari Ahad dah boleh discharged ward. Kesimpulannya, 5 hari je duduk wad. Rabu admitted, Khamis operate, Ahad balik dah. So, sambung exercise di rumah. Saya dibekalkan dengan goodies bag berisi panduan-panduan senaman dan info berkaitan penjagaan pesakit cancer. Terima kasih kepada volunteer daripada Breast Cancer Welfare Association (BCWA).

Kepada pesakit breast cancer di luar sana yang masih berfikir-fikir nak operate ke tak, silala buat pertimbangan sewajarnya. Ingatla semua anggota badan kita ni hanyalah pinjaman Allah kepada kita. Buangla tumor tu daripada badan kita. Kalau bukan untuk sembuh, tetapi untuk kelangsungan hidup yang lebih berkualiti supaya kita dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk lebih dekat dengan Allah SWT.

Hye 2014 Bye 2013

Assalamualaikum… Hi, all!

Dah seminggu di tahun baru rupanya. Tahun baru mengikut kalendar Gregorian. Kalendar matahari. Tahun Hijrah dah selesai pun 1 Muharram yang lepas. Kalau tahun hijrah setiap awal bulan, tengah bulan dan akhir bulan disunatkan untuk berpuasa. Dapat pahala. Kalau tahun Masihi ni haa akhir bulan je yang best sebab dapat gaji. Hihihi…

Bila tanya pakcik google Gregorian ni kalendar Christian katanya. Tapi jangan sempitkan. Memangla sebaik-baiknya kita menggunakan kalendar bulan Islam. Tidak bermakna kita guna kalendar Masihi kita masuk Christian ye dak. Disebabkan penggunaan meluas di seluruh dunia, maka kita pun gunalah untuk memudahkan urusan seharian. Tidak menjejaskan iman selagi mana kita memelihara iman kita dengan baik. Tu baru bab kalendar. Belum isu-isu lain seperti takut dengan huruf T, simbol +, sensitiviti isu kalimah Allah dan pelbagai lagi yang dikaitkan dengan dakyah Kristianisasi.

Saya mengaitkan dengan isu ini kerana penutup tirai tahun 2013, saya terlibat dengan Majlis Mahabbah bersama Masyarakat Rohingya. Kenapa tetiba perlu bermahabbah? Sekian lama mereka tinggal kat sini saya pun tak pernah peduli saudara seislam. (Why bother? Why bother? Bak kata Azwan Ali) Ampuni aku Ya Allah. Alangkah teruknya saya ni. Dan sehinggalah dimaklumkan bahawa terdapat segelintir mereka ini menerima bantuan pendidikan daripada gereja. Anak-anak diberikan pendidikan percuma berserta pengangkutan dan makanan. Barulah saya dan team terhegeh-hegeh nak mencari tempat, guru, transport untuk menarik mereka keluar dari gereja. Nak tak nak terpaksalah tiru cara gereja berdakwah. Alhamdulillah, orang-orang Rohingya ni bersetuju untuk keluarkan anak mereka dari gereja tersebut. Keselesaan yang mereka dapat sebelum ini tidak mematahkan iman mereka.

 2013 meninggalkan kesan yang sangat besar dalam pengalaman hidup saya. Saya dan hospital bagaikan handphone dan charger. Alhamdulillah, pengalaman diuji dengan kesakitan membuatkan saya lebih menghargai hidup yang singkat ini. Walaupun tahun ni saya tak berkesempatan untuk travel tapi saya end up 2013 dengan hiking Bukit Broga. Sampai fobia nak makan sebab sayang kan kalori yang hilang di Broga. A lot of thanks to my friends.

Really enjoyce!!!

Image

yang ni baru 15 minit mendaki dah rest. 🙂

2014?

“Rancang dengan apa yang ada di tangan
Bukan yang kita angan-angankan
Kita membina cita dan harapan
Bukan mimpi dan igauan”