Menjadi Pesakit Yang Berilmu

Alhamdulillah, berkesempatan juga nak post entry terbaru. Kesibukan kerja membataskan ruang dan waktu untuk menaip di blog ini.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.” 

Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.

Saya copy and paste hadis ni daripada http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=7

Saya ingin kaitkan dengan ilmu sebagai seorang pesakit kanser. Once, kita dah didiagnos dengan apa-apa penyakit atau kita mengalami simptom-simptom terhadap sesuatu penyakit, pastinya kita mendapatkan maklumat awal berkaitan penyakit kita. Betul tak? Ok, zaman sekarang lebih mudah, ada jaringan internet yang menyediakan kemudahan maklumat semudah mudah.com.

Mencari ilmu terutama bagi pesakit kanser adalah amat penting dalam proses penyembuhan atau rawatan supaya kita mampu berdepan dengan realiti dan mampu bersuara apabila berdepan dengan doktor. Carian maklumat ini bukan hanya tertumpu pada internet semata-mata, sedangkan banyak sumber yang boleh menjadi bahan rujukan seperti buku, pengalaman survivor atau orang disekeliling, media massa, elektronik dan pelbagai lagi. Kita yang perlu menentukan luasnya gerbang ilmu yang ingin kita langkah ke dalamnya.

Saya menggunakan pelbagai sumber untuk mengetahui keadaan penyakit saya. Masih cetek lagi. Masih perlu mencari lagi. Saya akui sumber ilmu terbesar saya adalah internet. Sangat mudah. Tapi awas. Pastikan carian kita betul dan gunakanlah akal yang waras untuk menimbang segala yang dipaparkan. Jika taip sahaja “kanser payudara” bersusunlah blog-blog dan website yang berkaitan. Yang paling saya risau adalah berhadapan dengan iklan-iklan ubat, supplement, petua dan lain-lain lagi.  Saya risau yang saya akan terpengaruh dengan teknik rawatan yang mereka tawarkan.

Buat masa ni saya suka untuk share buku yang saya beli daripada  seorang doktor yang juga survivor. Sangat membantu dan mudah difahami. Saya syorkan kepada pesakit breast cancer agar memiliki buku ini untuk dijadikan panduan dan rujukan.  Boleh dapatkan buku di http://selfprescription.blogspot.com/2012/01/beli-buku-dari-penulis.html

Buku bertajuk "Kanser Payu Dara Teman Ke Akhir Hayat"

Buku bertajuk “Kanser Payu Dara Teman Ke Akhir Hayat”

Selain itu, saya turut memiliki sebuah buku yang bertajuk “Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser” karya Tuan Haji Lokman Abdul Hamid.  Buku ini mengandungi maklumat am tentang penyakit kanser dan juga penglaman bagaimana pesakit cancer mampu bertahan dengan amalan-amalan kerohanian yang sangat dituntut oleh Islam.

Buku bertajuk "perubatan Al-Quran Rawatan Kanser"

Buku bertajuk “perubatan Al-Quran Rawatan Kanser”

Saya amat berharap kepada pesakit kanser di luar sana yang sedang mencari-cari maklumat teruskan mencari dan buatlah pertimbangan sewajarnya dalam membuat sebarang penilaian tentang informasi yang anda perolehi. Rujuklah kepada pakar yang benar-benar pakar.