Chemotherapy : 5th Cycle

Alhamdulillah.. Dah selesai kemo kelima pada 5 Jun 2013. Tak sabar rasanya nak kemo yang keenam. The last one!¬†Kemo kali ni cukup bertenaga. Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan yang pada saya luar biasa. Saya berjaya bangkit pada hari keempat selepas kemo. Selalunya seminggu. Hari keempat kemo saya dah boleh melawat mak di hospital. Siap boleh masakkan sayur bening. ūüôā¬†Progress¬† mak pun alhamdulillah. Dia lebih kuat daripada saya. Kemo yang berterusan dia boleh tanggung.

Berbalik kisah kemo kelima ni, sehari sebelum kemo seperti biasa kene jumpa dengan doktor dulu. Selepas amek darah, doktor akan bagi preskripsi ubat untuk diambil di farmasi. Tiba-tiba kali ni ada tambahan satu jenis ubat. Iaitu UBAT PENENANG. What the?¬†Argghh.. Saya tidak gila. Tidak!! Hehe… Rupa-rupanya ubat tu dibagi sebab salah sendiri. Disebabkan mengada-ngada pada kemo cycle ke4, amekaw.¬†Nurse¬†telah report sama doktor saya dah buat hal.

https://menaipdenganjari.wordpress.com/2013/05/25/chemotherapy-4th-cycle/

Tapi doktor bagitau, memang biasa ada patient seperti saya. Gangguan psikologi. Sebab tu dia bagi ubat penenang supaya pada hari kemo saya akan lebih relax. Alhamdulillah berjalan lancar kemo ke5. Selera makan kali ni biasa-biasa je. Mungkin sebab mak kat hospital, so tak dapatla nak ngada-ngada nak itu dan ini. Kali ni saya yang masak untuk mak. Hehe. Ini kalilah!

Advertisements

Ujian Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim… Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Siapa saya di sisi Allah, Wallahualam…

Harapan saya, Allah menguji saya dan keluarga kerana kasihNya kepada kami sekeluarga. Allah sedang melatih kesabaran kami kerana Allah menguji kesabaran dalam kesakitan. Dalam banyak-banyak ujian di muka bumi ini, kami diuji dengan ujian kesihatan. Selepas saya, kini mak saya yang menjadi tulang belakang saya pula diuji. Mak saya kini menghidapi Leukemia ALL atau AML. Tak pasti yang mana. Sebab saya masih tak faham.

Sibuk-sibuk saya share cerita mengenai kemoterapi, rupanya mak saya pun terpaksa melaluinya. Ya Allah berikan ibuku kekuatan untuk menerima ujian ini. Lebih berat dariku ujianMu terhadap ibuku.

Mak saya akan jalani kemoterapi bermula Isnin (3 Jun 2013) sehingga Rabu (5 Jun 2013). 3 hari bertutut-turut. Ada yang kemo 12 jam, ada juga yang kemo 24 jam. Selepas itu kemo lagi pada tarikh yang belum diketahui tapi dalam masa terdekat juga. Mak saya juga perlukan pemindahan sumsum tulang. Allahuakbar.  Alhamdulillah adik beradik mak sudi jalani ujian untuk menderma sumsum tulang mereka. Dalam masa yang sama saya akan menjalani kemoterapi yang kelima pada 5 Jun 2013. Berikanlah kami kekuatan Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan rawatan kami.

Selalunya selepas saya balik dari kemo, da siap bubur kat umah. Mak yang buatkan. Tapi kali ni bubur tu takde. ūüė¶

Kadang-kadang penat rasanya berlagak kuat. Kadang-kadang letih berlakon sebagai seorang yang tabah. Tetapi saya dan adik-adik perlu lihat dengan mata hati dan yakin yang Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Kepada yang membaca¬†entry ini mohon doakan saya dan mak saya terus diberi kekuatan iman, fizikal dan mental. Mohon juga doakan kesejahteraan kami dunia dan akhirat. Terima kasih semua.. ūüôā