Autumn In My Heart

Cewah tajuk tak tahan. Tapi yela heroin dalam drama korea ni iaitu Eun-Suh menghidap penyakit leukemia. Sejenis kanser darah. Bukan nak samakan saya dengan Eun-Suh. Cuma meminjam tajuk drama je. Boleh kan?

Image

Sebenarnya saya nak cerita mengenai keguguran rambut kesan daripada kemoterapi (nampak tak kaitannya dengan tajuk? ūüėČ ). Ia berlaku akhir minggu ketiga selepas 1st¬†cycle chemo. Bangun je dari tido saya dapati banyak rambut kat bantal. Tiba-tiba rasa sayu :(.

Saya bagitau mak. Mak kata akar rambut dah mula kering. Takpe. Nanti tumbuh balik. ūüôā

Pastu saya bagitau sahabat saya.¬†Soooo¬†kepochi..¬†ūüėČ Berikut¬†conversation¬†antara saya dan dia.

Saya ¬† ¬† ¬† ¬†: Rambut aku dah¬†start gugur. Tiba-tiba rasa¬†touching sangat. ūüė¶

Sahabat : Kau kan pakai tudung. Macamla orang tau. (ok, sekarang sape bace ni dah tau.haha). Anyway, semua yang ada pada kita milik Allah.

Saya        : Aah lupa. Semua Allah punya. Tapi camnela rupa aku bila semua rambut dah takde.

Sahabat : Macam¬†baby. ūüėÄ

Saya        : Hahaha. Tak terfikir pun camtu. (Terus tak jadi touching)

Terima kasih kawan kerana mengingatkan manusia yang mudah lupa ini dan menukarkan¬†mood dalam sekelip mata. ūüôā

Semoga sel-sel kanser ini pergi bersama setiap helaian rambut yang gugur…

Chemotherapy : First Cycle

Sebulan selepas pembedahan, saya perlu menjalani rawatan pelengkap iaitu kemoterapi. Kali ini doktor pun bertukar.¬†No more the cute doctor (but we’ll meet 6 month after this. Yeay!!).¬†Untuk pertama kali dikesan mempunyai kanser, pesakit akan dirujuk kepada klinik¬†surgery. Pakar bedah mengambil tugas untuk mengeluarkan tumor dan ambil sedikit¬†sample yang lain. Selepas itu, pesakit kanser akan dirujuk ke klinik onkologi. Di sini, berdasarkan laporan pembedahan, doktor onkologi akan menentukan rawatan seterusnya.

Sewaktu laporan pembedahan diterangkan oleh doktor onkologi kepada saya, saya amat berharap yang saya tidak perlu rawatan kemoterapi. Saya dimomok-momokan (kenapa bukan dihantu-hantukan) dengan bahana kemoterapi oleh pelbagai pihak iaitu bacaan saya sendiri di blog-blog pesakit kanser yang lain dan juga rakan seward yang pernah melalui saat-saat kemoterapi.

Apakan daya. Kanser saya di tahap 2. Memang begitulah syarat rawatan pelengkapnya. Kemoterapi sebanyak 6 kali dan radioterapi sebanyak 15 kali. Phewwww…. Tak baik mengeluh. Ada pesakit lain yang kene lebih banyak dari saya.

Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang khusus untuk merawat sesuatu penyakit kanser. Kemoterapi merujuk kepada penggunaan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel-sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat di buang melalui pembedahan atau di musnahkan oleh rawatan radioterapi.

FEC adalah regimen yang digunakan dalam sesi kemoterapi saya. Ada tiga jenis. F adalah 5-fluorouracil (tiada warna), E merujuk kepada Epirubicin (warna merah seperti air strawberi), dan C pula Cyclophosphamide (tiada warna). Ketiga-tiga regimen ini adalah dalam bentuk cecair yang diberi bersama dengan 2 liter saline (yang drip air tu).

FEC diplastikhitamkan

FEC diplastikhitamkan

Sehari sebelum kemoterapi rutin wajib adalah ambil darah. Ini penting untuk mengetahui keadaan badan kita. Adakah sesuai untuk menjalani kemoterapi atau tidak. Saya takut ambil darah sebab daging tangan saya agak tebal dan urat payah nak dapat (dalam kata lain demok!). Ouch.. Sakitnya bila nurse try and error.

Saya jalani 1st cycle chemotherapy pada 6 Mac 2013 dan sejam sebelum kemo saya perlu makan ubat tahan muntah. Kemudian, tangan saya dicucuk lagi untuk masuk branula set. Saya diberi lagi ubat tahan muntah dalam bentuk cecair pula. Banyaknya ubat tahan muntah. Memang muntah ke?

Selama 2 jam setengah saya duduk menanti kesemua regimen dan air disalurkan ke dalam tubuh badan saya. Kesannya, muntah? Tak. Nak buang air kecil. Sangat!. Maunya tak. 2 liter air yang masuk.

Cycle bermaksud  kemo sehari dan rehat 3 minggu. Selepas 3 minggu jalani kemo kedua. Begitulah seterusnya. 3 minggu adalah masa diperlukan untuk membina kembali sel-sel yang dah kene serang dengan regimen FEC (macam regim askar).

Kesannya. Ye! Memang muntah. Walaupun dah banyak amek ubat tahan muntah. Bayangkan kalau tak amek. Mesti lembik. Muntah bila balik rumah dan makan. Dalam dua hari begitulah keadaan. Sampai bau sabun basuh baju dan sabun basuh pinggan pun tak boleh bau (bukan alasan tak nak basuh kain atau tak nak basuh pinggan hokeh..). Meloyakan.

Kesan-kesan daripada kemoterapi ini adalah:-

  1. Muntah. (Alhamdulillah 2 hari je)
  2. Selera makan berubah (yang selera megi kari. terpaksa masak dengan limpahan sawi dan telur ayam kampung dalam usaha untuk menafikan keburukan makan megi.)
  3. Letih (banyak tido tapi tak lena)
  4. Gastrik tengah-tengah malam (akibatnya kene bangun pukul 3 pagi semata-mata makan roti)
  5. Tak tentu rasa (tak tau nak rasa apa)
  6. Mulut kering. Lidah pecah-pecah.
  7. Rambut gugur (berlaku pada minggu ketiga ūüė¶ sedikit demi sedikit )
  8. Badan gatal-gatal (doktor tak bagitau pun)

Kesemua kesan dari nombor 1 hingga 6 berlaku hanya pada minggu pertama kemo sahaja. Masuk minggu kedua dah ok. Minggu ketiga dah boleh pergi jogging.

Bagi saya kesan kemo ini berbeza-beza mengikut fisiologi individu. Saya baru 1st¬†cycle. Bagaimana pula seterusnya nanti? Wallahu A’lam..

So, kemo bukan momok. ūüôā Tapi menggemukkan.

Sokongan

Image

Kehidupan kita di dunia ini bukan bersendirian. Kita hidup dengan mereka di sekeliling kita. Seandainya gelandangan (homeless) sekalipun, mereka juga punya rakan yang sama bidang. 

Kehidupan kita saling melengkapi. Begitulah simbiosis di antara kita. Sewaktu susah dan senang kita memerlukan sokongan. Waktu kita senang kita perlu sokongan supaya kesenangan itu berterusan. Tetapi bagi yang sombong, peduli pula mereka dengan sokongan. Dikala susah pula, sokongan umpama tulang belakang untuk menyokong mendirikan diri yang terduduk. Dan umpama tilam vono menyokong tulang belakang.

Walau saat kita menoleh ke kiri dan kanan, tiada siapa. Ketahuilah Allah itu ada. Yang sentiasa memberikan nafas tanpa jemu sehingga Dia sendiri menjemput kita untuk bernafas di alam lain.

Semasa saya sihat, saya punya keluarga, sahabat dan kenalan. Seronok bersama-sama. Semasa diuji Allah dengan kesihatan yang kurang memuaskan, saya masih punya mereka. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan mereka kepada saya. Dan terima kasih Allah kerana ada bersama.

supportive-award

Mak, adik-adik, saudara-mara, sahabat handai yang handal merupakan insan yang paling rapat. Mak sedih bila dapat tau yang saya sakit. Tapi saya perlu senyum dan terus senyum supaya mak tak sedih lagi. Mak sentiasa jaga saya. Dari lahir sampai dah besar gajah ni ha. Kadang-kadang terfikir juga sampai bila mak perlu jaga. Saya kena usaha sendiri supaya saya tidak kelihatan supaya perlu dijaga. Tapi sewaktu warded kerana operation saya sangat perlu mak saya. Seronok sebab mak mandikan.

Adik pun banyak tolong. Pakcik makcik pun sama. Sahabat-sahabat pun turun padang menyarungkan jersi ultras malaya yang menyokong Harimau Malaya yang kadang-kadang lemau aummnya. Kalau nak disenaraikan list¬†mereka yang menyokong saya semasa saya sakit memang panjang. Panjangnya umpama resit berbelanja satu¬†hypermarket¬†Giant. Yang datang lawat kat hospital, lawat kat umah, yang call, yang sms, yang What’s App,¬†yang BBM, yang call by skype, yang tanya khabar tru FB.

Tiada daya untuk saya menghadiahkan mereka dengan kebendaan. Yang hanya mampu dilakukan adalah memohon kepada Allah supaya mereka ini dikurniakan rahmat sepanjang hidup dan dibalas segala kebaikan daripadaNya.

Semoga ukhwah ini tidak terputus.

Terima kasih semua!!! ūüôā

Image

Salam

salam

Sewaktu jogging di taman saya ditegur oleh dua orang makcik.

Makcik 1 : Assalamualaikum.

Saya : Waalaikumsalam Warahmatullah (sambil bersalaman).

Makcik 1 : Makcik ni kalau nampak orang bertudung je mesti bagi salam.

Saya : Aah yela.. (Sambil menoleh belakang untuk bersalaman dengan Makcik 2)

Makcik 2 : La.. Ni anak Zahrah. (rupanya kawan-kawan mak saya mereka ini. Dah pencen)

Makcik 1: Oo yeke… Maknye kecik je.

Saya : Erk!

ūüôā

Teringat salah satu daripada tanda-tanda kecil kiamat apabila salam hanya diberi kepada orang yang dikenali dan tertentu sahaja. Tetapi makcik-makcik ini tidak. Mereka memberi salam dan ada ukhwah terjalin di situ. Saya mengakui yang agak sukar untuk saya memberi salam kepada Muslim lain yang tidak dikenali. Tak tahu kenapa. Ego, sombong atau malu. Pelik perasaan itu. Perasaan yang tidak mendatangkan apa-apa bahkan merugikan.

Berkenalan

Alhamdulillah, saya telah selamat menjalani pembedahan. Pembedahan lumpectomy yang mengeluarkan ketulan telah dilakukan oleh sepasukan doktor (diketuai oleh surgeon yang cute itu). Tahniah kepada mereka. Tetapi bukan hanya lumps yang dikeluarkan.  Mereka juga mengambil sedikit lymph nodes iaitu kelenjar di ketiak dan juga beberapa sample tisu yang lain. Di sinilah saya nampak kepentingan pembedahan yang saya jalani. Kesemua hasil pembedahan itu tidak dibuang begitu sahaja. Ianya perlu dihantar ke makmal untuk dianalisis. Hasil ujian makmal inilah yang memperkenalkan jenis kanser apa yang saya hidapi. Saya mula berkenalan dengan kanser yang bertapak dalam badan saya.  

T2N0M0. Itulah kelas kanser saya. T2 bermaksud saiz ketumbuhan di peringkat 2 iaitu 2cm Р5cm, N0 iaitu tiada lymph nodes yang dijangkiti kanser dan M0 tiada metastasis iaitu kanser merebak ke organ yang lain. Dan kanser saya negatif kepada hormon estrogen dan progesteron. (Yes, boleh minum soya!). Alhamdulillah. Kanser saya masih di peringkat awal. Pentingnya hasil ujian ini adalah untuk menentukan rawatan saya seterusnya.

Kemoterapi dan radioterapi…..

Kepada pesakit kanser di luar sana, anda boleh membuat pilihan untuk melakukan pembedahan untuk mengenali kanser anda selain membuang ketulan tersebut keluar daripada badan dan kehidupan anda. Memang sel kanser tersebut tidak hilang. Bahkan kita akan hidup bersama dengan sel kanser ini selama-lamanya. Oleh itu, marilah berkenalan dengan teman hidup kita ini agar kita lebih memahami dan mungkin dapat bertolak ansur dalam menjalani perkongsian hidup ini.

siapa

Bagi mereka yang memilih rawatan alternatif, pastikan anda bersungguh-sungguh dan konsisten dalam amalan perubatan anda. InsyaAllah, tiada penyakit yang tiada penawar. Kepada Allah kita memohon kesembuhan.

Kepada wanita, gadis, perempuan, muslimah, jelitawan, ibu, kakak sila lakukan breast self-examination untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku sekiranya ada. Harap-harap tiada apa-apa yang ¬†berubah dan jaga kesihatan anda ok! ūüôā

 

Lumpectomy vs. Mastectomy

Saya memilih untuk meneruskan pembedahan sebagai rawatan kepada penyakit ini. Tak dinafikan perubatan alternatif juga menjadi satu pilihan bagi sesetengah pesakit kanser. Hidup ini penuh pilihan dan pilihan-pilihan itu berada di tangan kita sendiri. (saya mesti pilih! tiba-tiba). Saya pilih untuk dibedah kerana saya tidak mahu lumps  ini berada dalam kehidupan saya. Selagi ada saya sangat risau dan stress. Setiap hari fikir, apala yang dia buat dalam badan saya ni.

Untuk info, lumps ini bukan memerlukan masa seminggu dua untuk membesar. Tetapi mengambil masa juga untuk membesar. Sel-sel kanser bersatu padu untuk membentuk tumor. Saya punya sebesar duit syiling 10 sen sewaktu mula-mula dikesan. Pada ketika itu, doktor merasakan ianya ketulan biasa. Kecik lagi dan jarang gadis semuda saya dapat penyakit ini. (huhu, gadis kau!) Makin lama makin besar. Sampai ke tahap 3cm. Dalam usaha mencapai tahap itu, banyak juga saya mengelat. Sempat bercuti ke Sabah dan juga ke Vietnam bagai. Semua ini pilihan saya sendiri. Nak tangguh rawatan dan nak enjoy dulu.

Pakar bedah di sebuah hospital memberitahu yang saya perlu jalani total removal of a breast (mastectomy). Buang habis! Ya Allah, dalam hati ini sangat sedih. Tapi bila memikirkan yang semua ini hanyalah pinjaman, saya redha. Tiada apa pun yang milik kita. Bila-bila sahaja Allah boleh ambil. Bahkan nyawa sendiri kita sendiri hanyalah pinjaman apatah lagi harta di dunia.

Namun, doktor juga memaklumkan bahawa saya boleh melakukan reconstruction. Masa ni dalam dilema.. Perlu ke? Ibu saya kata perlu. Katanya untuk masa depan. Untuk apa? Saya tak nampak apa-apa. Yang saya tahu saya nak ketulan ini pergi selama-lamanya. Doktor yang baik hati itu telah merujuk saya kepada seorang kawannya yang juga pakar bedah di sebuah hospital yang lain.

Di hospital baru, doktor baru yang¬†cute¬† merawat saya. Hehe. Ini penting untuk memotivasikan pesakit seperti saya (apakah?). Ada berita menggembirakan. Yeay!! Alhamdulillah. Niat asal untuk membuat mastectomy and reconstruction rupanya tidak perlu. Doktor¬†cute itu memberi harapan yang dia boleh menyelamatkan saya daripada¬†mastectomy and reconstruction¬†(masa ni saya nampak dia macam Kluangman bercakap dengan Inspektor Sahab.¬†Superhero.) ūüėČ

Kesudahannya, saya selesai menjalani pembedahan lumpectomy. Iaitu pembedahan membuang lumps sahaja. Kenapa lump ada s? sebab ada tiga lumps yang telah dijumpai. Satu yang besar 3cm dan dua lagi kecik sangat. Syukurlah kerana hasil biopsy yang dua lumps kecik itu bukan kanser. Tapi doktor kata buang je untuk keselamatan.

Melalui perjalanan sehingga ke pembedahan, ramai doktor yang saya jumpa. Semuanya baik-baik (kalau tak baik camna diorang sanggup nak jadi doktor kan). Ada doktor yang yakin kata saya sihat. Tidak ada apa-apa yang mencurigakan. Tapi sebenarnya tidak. Ada doktor yang pendekatan rawatannya begini dan begitu. Mereka cuma manusia biasa yang Allah kurniakan kelebihan untuk membantu merawat manusia. Mereka adalah asbab kepada kesembuhan yang mana Allah lah yang akan menyembuhkan. InsyaAllah.. ūüôā

Image

pintu bilik doktor

Cycle of Dominos

Anak : Mak, malam ni kita makan Dominos je.

Mak : Ok, call.

 

( Dah dapat, bayar dan makan)

 

Anak : Eh, ada voucher la kat kotak ni. Bolehla beli lagi. Dapat murah ni.

Mak :  Kalu camtu tak berhenti-hentila kita makan Dominos ni.

ūüôā

;)

ūüėČ