Ya Allah Please Help me..

Dear Allah,

When I lose hope,

Please help me to remember that Your love is greater than my disappointment,

And Your plans for my life are better than my dreams..

Advertisements

Chemotherapy : 4th Cycle

Yeay!! Alhamdulillah.. Saya telah menjalani kemoterapi yang keempat. Kemo kali ni tertangguh seminggu berikutan saya demam. Demam pilihanraya leteww.. Sebenarnya berjangkit dengan adik yang sedang demam. Fobia rasanya.

Sepatutnya saya kemo pada 7 Mei 2013. So, 6 Mei saya ke hospital seperti biasa untuk ujian darah. Masa tu belumla demam lagi. Baru rasa mukadimah je. Result darah ok. Tak tunjuk pun demam dan bolehla jalani kemo seperti yang dijadualkan. Akan tetapi, pada hari kejadian (7 Mei) tak pasal-pasal rasa loya yang agak teruk. Baru saja melangkah ke Klinik Onkologi dah rasa nak muntah.

Nurse dah ready nak cucuk jarum. Saya pula nak muntah. Dia suruh rehat.  Peluang untuk melarikan diri terbentang luas. Hehe. Saya pun terus pergi ke cafe dan beli laksa. Apakah? Makan laksa pagi-pagi. Kalau ikutkan hati nak beli kuah laksa je. Tapi malu. Sebab tak lapar pun, cuma nak kan rasa asam-asam untuk hilangkan loya.

Selesai tempoh rehat saya kembali ke klinik. Regim kemo da tunggu dah. Nampak cam dia tak sabar-sabar nak masuk dalam badan saya. Tapi ternyata regim kemo itu silap. No way. Not for this time. Jangan harap. Saya makin pening dan nak muntah. Nurse suruh saya muntah dulu tapi saya kata, saya hanya boleh muntah di rumah. (logik kot alasan ni). Eh,eh, banyaknya word muntah. Mesti korang rasa nak muntah membacanya. Uwekkk!!  ;p

Setelah berbincang dengan doktor yang baik hati, saya dibenarkan tangguh seminggu lagi. Yippi!! Suke! Doktor pesan habiskan antibiotik sebab saya dah mula demam.

So, kemo kali keempat telah selamat dijalani pada 15 Mei 2013. Sempatla hadiri konvo adik pada 14 Mei. Tahniah adik!

Kesan kemo kali ini adalah gelisah seperti biasa, panas yang berlebihan seiring cuaca panas Malaysia dan lidah serta mulut  pecah-pecah (Merah tau bibir I) 😉 Dan makanan idaman kali ini adalah Roti John Unan Putrajaya. Terima kasih Cikman kerana sudi membelikannya. 🙂