17 Januari 2018

Assalamualaikum WBT

 

Hari ini ulangtahun saya sebagai cancer survivor yang kelima. Tapi hari ini saya di wad hospital. Bukan saya yang sakit. Alhamdulillah Allah masih kurniakan saya kesihatan yang baik. Cuma di lengan kadang-kadang terasa kebas-kebas, lenguh sikit dan tegang.

Saya di wad hospital kerana menjaga ibu saya yang tidak sihat. Penyakit leukemia beliau relapse buat kali kedua. Semalam bermula kemoterapi untuk ibu saya. Doktor plan untuk masukkan kemoterapi selama 3 hari. Beliau akan menjalani rawatan baru iaitu CAR-T. Rawatan ini masih baru. Tetapi kami seluruh keluarga termasuk ibu saya sendiri menaruh harapan tinggi agar rawatan baru ini berjaya. Rawatan ini menggunakan darah ibu saya sendiri. Tidak melibatkan penderma.

 

Relapse kali pertama adalah pada tahun 2016. Sikit sahaja percent daripada result bone marrow. Doktor telah menajalan rawatan DLI. Melibatkan penderma (terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Talib – adik ibu saya).

Saya mohon kepada yang membaca post ini untuk mendoakan ibu saya segera sembuh dari penyakit ini. Terima kasih.

Kepada cancer survivor yang lain, terus kuatkan semangat dan paling penting jangan terpengaruh dengan penjual ubatan alternatif.

 

xxx

Advertisements

My Blog Turned 2!

Assalamualaikum WBT.
Hari ini tahun ke-2 saya blogging. Dan ini adalah post pertama untuk tahun ni. Hai 2015! Agaknya lepas ni setahun sekali je kot update. Kikiki.

Semasa saya menaip untuk post ni, saya berada di Klinik Onkologi. Sementara menunggu giliran untuk chek up, saya merajinkanlah diri menaip.

Sebenarnya tarikh untuk check up lagi sebulan. Tapi saya terpaksa awalkan sebab rasa kesihatan agak sedikit terganggu. Saya pun mohonlah untuk diawalkan. Emosi pun agak terganggu kerana bimbang dengan kesihatan diri waktu ini. Macam-macam perkara yang bermain difikiran.

Untuk menghentikan semua ni, saya perlu berdepan dengan realiti. Jumpa doktor untuk pengesahan. Walaupun takut dengan hakikat yang negatif, i’ve to be realistic.

Semoga segalanya baik-baik sahaja. Dan segala yang saya fikirkan sekarang ni bukan satu kenyataan. Tapi lebih membimbangkan sekarang ni adalah berat yang semakin bertambah. Baru lepas timbang berat tadi. Haih.

Kepada rakan-rakan cancer survivor yang membaca blog ini, semoga terus tabah dalam mengharungi hari yang mendatang dan teruskan menjalani kehidupan dengan melakukan perkara yang natijahnya syurga insyaAllah.

image